Browse Manual »
Wiring »
bergayut
»
ke
»
sekolah
»
untuk
»
Bergayut untuk ke sekolah
Bergayut untuk ke sekolah
GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain menunjukkan seorang pelajar perempuan menggunakan talian kabel di Rio Negro, Colombia.
BOGOTA - Beberapa pelajar sekolah rendah bergayut pada talian kabel dengan ketinggian lebih 396.24 meter semasa menyeberangi gaung di Rio Negro, Colombia untuk berulang-alik ke sekolah, lapor sebuah akhbar .
 |
| TIADA PILIHAN...terpaksa bergayut untuk ke sekolah. |
 |
| MENGADAI NYAWA...Demi mendapatkan ilmu. |
Pelajar-pelajar itu bergayut pada kabel yang direka supaya mereka menuruni dari sebuah bukit untuk menuju ke sebuah bukit lain selaju 64 kilometer sejam ke sebuah pekan berdekatan. |
| REALITI KEHIDUPAN...inilah hakikat yang harus di tempuh setipa hari. |
Pengguna-pengguna kabel itu menggunakan sejenis peralatan kayu seperti garpu untuk mengawal kelajuan.
Kemudahan itu disediakan untuk sejumlah keluarga yang tinggal 63.37 kilometer dari ibu negara Colombia, Bogota di Amerika Selatan.
 |
| TANGAN ...Kena kuat,kalau tidak pasti terlepas. |
 |
| PETANI...Terpaksa mengunakan kabel untuk urusan seharian. | Petani-petani turut menggunakan kabel itu bagi mengangkut barangan sejauh hampir satu kilometer kerana ia cuma satu-satunya akses untuk pergi ke sebuah pekan berhampiran. |
 |
| SAYUP...Di udara. |
 |
| JURUGAMBAR...Yang terlibat merakamkan aksi-aksi berani pelajar terbabit. |
 |
JURUGAMBAR...Christoph Otto. Jurugambar yang juga seorang penulis, Christoph Otto telah merakamkan gambar-gambar pelajar sekolah rendah yang menggunakan talian kabel itu dan disiarkan di sebuah akhbar di Britain. - Agensi |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar